Program Keibubapaan Kreatif Smartparenting 2022
22 Oktober 2022, Dewan Serbaguna PPR Taman Harmoni Sandakan anjuran bersama Pertubuhan NGO PPR Taman Harmoni Sandakan, Komuniti Rukun Tetangga PPR Taman Harmoni (KRT) Sandakan dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah telah mendapat sambutan dan penyertaan khususnya penghuni sekitar PPR Taman Harmoni Sandakan. Perasmi program Tuan Ng Boon Leung selaku UPPM Elopura N 55 Sandakan mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran program Kreatif Smartparenting 2022 dengan jayanya dalam program ini penglibatan ibu bapa dan anak-anak menunjukkan kejayaan program patut disemai dengan pengisian program dan aktiviti yang bermanfaat. Antara pengisian program taklimat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia oleh jurulatih SJN (PA) Basir bin Sahiral dan dibantu KPL (PA) Yati bte Mopium dengan tajuk rawatan awal dan tindakan kecemasan ketika kebakaran menjadi slot pengisian, taklimat keibubapaan oleh penceramah bebas NGO En Juhaili Majid, pertandingan mewarna kanak-kanak serta eksplorace kesihatan itu menjadi agenda nasional kesihatan Malaysia Sihat. Diharapkan program ini mampu membangunkan kesihatan masyarakat dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia.
Link video youtube yang boleh di klik untuk ditonton dalam pengisian dan aktiviti sepanjang program berlangsung. Boleh klik video. SELAMAT MENONTON😊


Comments
Post a Comment