program keibubapaan kreatif smartparenting siri 2
27 februari 2023, pertubuhan penduduk ppr taman harmoni sandakan NGO dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) negeri Sabah sekali lagi bersama penghuni penduduk PPR Taman Harmoni Sandakan berjaya menganjurkan Program Keibubapaan Kreatif Smartparenting Siri 2. Program dan aktiviti pengisian seperti taklimat keibubapaan, mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah, skipping, makan tembikai, kerusi muzik dan silangkata telah menarik perhatian dan sambutan ibu bapa dan anak-anak dalam program itu. Program yang telah dijalankan di Dewan Serbaguna PPR Taman Harmoni Sandakan itu telah dirasmikan oleh Pegawai dari kementerian KPMKR. Turut serta dalam program ini Majlis Perbandaran Sandakan dan NGO lain seperti persatuan spring silat sandakan. Pengisian program ini adalah untuk mengisi masa lapang ibu bapa dan anak-anak dalam mencungkil bakat potensi mendidik anak-anak agar lebih kreatif sesuai dengan tema program leibubapaan kreatif smartparenting.


Comments
Post a Comment